Saturday, September 20, 2008

Pesanan...


video
Song By: Nora


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah


Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina


Air mata tiada ertinya, sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa, para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa, selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan


Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara, air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil, kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya


Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan. kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri


Bukan kecil tugas kita, meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya, bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?


Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar


Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa, kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati


Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita, bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya


Hari ini, jalan ini, pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya


(Tun Dr. Mahathir - Perjuangan yang belum selesai - Mei 1996)

0 comments:

.:: Thank you for viewing this blog ::.