Wednesday, November 19, 2008

Ingatan...

(Please click the image above to enlarge)



Jangan sengaja lewatkan solat,
Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
Kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan,
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan,
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa,
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan,
Nanti rosak persahabatan, hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita,
Takut nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah,
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana berbohong ciri orang munafik,menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan,
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia,
Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN,
Sebab semuanya untuk keselamatan kita,
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

0 comments:

.:: Thank you for viewing this blog ::.